Wednesday, April 13, 2011

KENAPA DOA KITE TIDAK DIMAKBULKAN

Anda sering bertanya kenapa saya berdoa dengan Allah dipertemukan jodoh tapi masih tak dimakbulkan..... Anda selalu bertanya kenapa saya dah bertahun tahun solat sunat Istiqarah tapi masih belum didatangi mimpi.... Anda selalu solat sunat hajat tetapi tiada satu pun hajat anda yang tertunai.....

Jawapan di bawah ini mungkin boleh membantu anda:

Seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim bin Adham ada menjawab soalan yang ditanya oleh penduduk negeri Basrah mengenai sebab mengapa nasib mereka tetap serupa walhal mereka selalu berdoa kepada Allah. Sedangkan Allah telah berjanji untuk mengabulkan doa hambanNya sebagaimana sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud:
“Berdoalah kepadaKu nescaya aku akan perkenankan doamu”

Mendengar persoalan itu, maka ahli sufi itu menjawab “Sesungguhnya ketahuilah oleh kamu bahawa ada sepuluh (10) sebab mengapa doa itu ditolak antaranya:

1- Kamu mengaku mengenali Allah TETAPI kamu tidak memenuhi hakNya.
2- Kamu mengaku mencintai Rasulullah s.a.w TETAPI kamu tidak pernah mengikuti sunnahnya.
3- Kamu membaca al-Quran TETAPI kamu tidak mengamalkan segala isi kandungannya.
4- Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu TETAPI kamu patuh kepadanya.
5- Kamu berdoa memohon dijauhi api neraka TETAPI kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat.
6- Kamu berdoa semoga dimasukkan ke dalam syurga TETAPI kamu tidak berusaha untuknya.
7- Kamu mengetahui bahawa kematian itu pasti TETAPI kamu tidak bersiap sedia untuknya.
8- Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu TETAPI kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri.
9- Kamu memakan segala rezeki dan nikmat Allah TETAPI kamu tidak mensyukurinya.
10- Kamu mengebumikan orang yang meninggal dunia TETAPI kamu tidak mengambil iktibar darinya.

Sesungguhnya kemungkinan salah satu perkara tersebut menjadi penyebab mengapa doa kamu tidak dimakbulkan

No comments:

Post a Comment